Visual DataFlex

Visual DataFlex ialah bahasa pengaturcaraan Data Access yang mensasarkan penciptaan pangkalan data dan atur cara jenis pelayan-pelanggan. Ia bertujuan untuk membolehkan para pengaturcara mempercepatkan pembinaan penyelesaian atur cara korporat serta produk penggunaan komersil amat boleh harap yang memiliki antaramuka-antaramuka Microsoft Windows, laman web, dan perkhidmatan web. Pemasangan Visual DataFlex merangkumi alat reka bentuk tampak, kepustakaan kelas menyeluruh, pengkompil & penyahpijat, pangkalan data terbenam, kesalinghubungan Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) yang utama, serta Pelayan Penggunaan Web berskala.